Monday, 20 April 2015

Teater Lorong Pemimpi 2015

Aku pasti sudah berhabuk blogger aku dengan kisah sendiri untuk dikongsikan bersama, artikel sebelum ini lebih kepada perkembangan terkini dengan isu-isu semasa yang sedang di alami. Kini aku ingin berkongsi serba sedikit kejayaan dan langkah pertama aku bergerak kehadapan. 

Teater Lorong Pemimpi adalah sebuah projek teater yang aku usahakan dan dibantu rakan-rakan lain untuk memastikan pementasan kali ini berjaya. Alhamdulillah projek teater kali ini berjaya!

Aku tak sangka, perkara yang aku submit seperti kosong dana diterima oleh 1Malaysian Development Berhad 1MDB. Dalam mengendalikan sesebuah perkara tanpa pengalaman itu memang sukar dan teater kali ini benar-benar mengajar aku untuk lebih teliti lagi dalam menguruskan hal-hal pertadbiran terutama dalam memilih pasukan yang komitet dalam melaksanakan tugas. 

Usia aku 20tahun, mencapai misi yang tidak pernah aku jangkakan adalah menjadi seorang ketua dan pemimpin untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.


Dan aku bertuah memiliki pasukan yang memahami walaupun tidak ramai, perkara yang paling bangga adalah pementasan teater ini berjaya dengan tulang belakang yang mungkin ramai se usia ini tak mampu menggalas tanggungjawab sebesar ini. 


Pelakon, penari dan penyanyi adalah mereka yang berusia 21tahun ke bawah, memiliki mereka dalam menjayakan pementasan kali ini memang agar sukar dan juga untuk mengawal mereka dengan jiwa merah mereka.

Aku percaya setiap mereka memiliki kebolehan masing-masing dan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk belajar jika niat itu yang ditonjolkan oleh mereka. Memiliki kesabaran terhadap mereka sangatlah tinggi dengan pelbagai sikap karenah yang ditonjolkan oleh mereka, aku sebagai ketua hanya mampu nasihat sewajarnya ke atas diri mereka. Manusia sentiasa membuat kesilapan.


Tanggungjawab kali ini sangat tinggi kerana banyak membahagikan kepada Pelajaran, Perkejaan dan tugasan iaitu Teater Lorong Pemimpi, bila bermulanya sesuatu perkara aku terpaksa habiskan walaupu  tak cukup cantik untuk dilihat. 

Projek teater kali ini aku membawa hampir 30 remaja untuk terlibat dan menjayakan pementasan Teater kali ini, aku ingin membawa perubahan yang baru yang mungkin orang ramai terlepas pandang untuk kita tonjolkan sesuatu perkara. 

Dan cerita kisah kali ini adalah mengisahkan kehidupan Chow Kit yang telah lama mati dalam kegelapan dan ingin membawa kembali cahaya untuk gerenasi akan datang untuk menjadi lebih baik. Cerita ini ditulis oleh Kawan aku sendiri iaitu Awaludin yang sememangnya tinggal di Chow Kit dari kecil sehingga meningkat dewasa kini. 


Perkara yang paling indah dan aku suka adalah bekerja dengan se usia mereka walaupun kekadang menyakitkan hati dan perkara itu dah sebati dalam mengenali mereka beberape tahun sehingga mereka memiliki sehabat baru mereka. Aku berharap perjalanan cerita ini tidak terhenti disini, moga cerita dan kisah ini menjadi tauladan untuk dimasa akan datang.

No comments: