Friday, 17 April 2015

Perkara Istimewa Menyebabkan Anda Tak Perlu Risau Tinggal di Malaysia

Tak perlu risau tentang lapar



Di Malaysia, Korang tak perlu bimbang langsung bab makan, Iyalah, kedai mamak, fast food and paling trending sekarang iaitu hipster cafe bersepah-sepah kat sini, korang sebut je nak makan apa. Semuanya mudah didapati. Cepat pula tu!


Double parking kereta ikut suka hati



Ye! Anda tak perlu risau soal parking kat sini. Sebabnya, korang hanya memerlukan sedikit kemahiran dan idea-idea untuk memuatkan kenderaan anda dimana-mana sudut jalan raya.

Salah memanglah salah dari segi undang-undang, tapi inilah uniknya Malaysia, Double parking ikut suka hati korang. Yeah!

Cuaca sama ada hujan atau panas




Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa. Jadi, korang tak perlu risau mengenai ribut salji. Di sini, sama ada hujan lebat, hujan ribut atau panas terik je.

Disini kalau hujan tu lebat nau. Siap boleh banjir lagi, Kalau panas, korang nak keluar pun tak larat. Mana taknya, bila cuaca panas terik, baik duduk rumah. Tak adalah sunburn nanti.

Tak perlu risau melintas jalan



Ini lagi satu yang paling seronok kat Malaysia. Tak perlu fikir panjang kalau nak melintas jalan raya. Korang hanya perlu angkat tangan dan lintas.

Berlainan dengan negara jiran kita, Singapura, Penduduk mereka terpaksa menunggu lampu hijau untuk penjalan kaki, melintas hanya di kawasa 'zebra crossing'. Kan ke lecehm betul tak?

Kat Malaysia ada BR1M




Kalau Korang masih tak tahu, kerajaan Malaysia ada menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan sederhana.

Disebabkan mereka yang berpendapatan RM3600 digelar miskin bandar, kami mohon tahun depan boleh apply BR1M. LoL!

Artikel at ---> http://bit.ly/1CUVoME

No comments: