Wednesday, 15 April 2015

Bantu Pemuda 24 Tahun Azzri Fickri Kumpul RM250,000 Untuk Lawan Kanser Tulang

Siapakah Azzri Fickri?

  • Azzri Fickri bin Md Yusslin berumur 24 tahun merupakan seorang graduan jurusan perniagaan di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Walaupun masih muda, Azzri Fickri telah menghidap penyakit kanser tulang yang serius sejak lebih kurang empat tahun lalu

Tahap kesihatan Azzri Fickri kini semakin tenat memandangkan penyakit kanser yang dihidapinya bertambah buruk dari masa ke semasa. Sel-sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang belakang, hati, bahagian tulang yang lain dan juga ke otaknya. Azzri kini lumpuh sepenuhnya di bahagian kanan badan, manakala hanya bahagian kanan paru-parunya yang masih berfungsi.

Apa itu kanser tulang?

  • Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utama tulang adalah sebagai rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.

    Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara, paru-paru dan kelenjar prostate). 

    Kanser tulang sekunder adalah kanser yang berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan boleh menyerang ke semua tulang yang lain.


  • Harapan untuk Azzri kembali sembuh kini terletak pada sumbangan ikhlas kita semua. Sumbangan dana kanser Azzri boleh dibuat melalui link ini http://bit.ly/1OAolVy

No comments: