Saturday, 10 May 2014

Rindu Adik Adam Syukri.

Masih ingat lagi alllahyarham adik Adam Syukri? Hari nie genap 5bulan pemergian adik adam mengadap ilahi. Pilu hati ini bila mengenang kembali kisah adik adam, pagi tadi sempat aku menonton HMI kenangan kisah adik adam ini sebelum ke kelas.

Menitik air mata ini melihat si Ibu menjaga dan merawat semasa hayatnya, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan si Ibu itu. Sungguhnya anak itu titipan dari Allah, hargainya! nescaya ianya akan membawa kita ke syurga bersama.

Moga Ibu2 di dunia ini, kuat menghadapi dugaan yang datang walau apa sekali keadaan yang menimpa. Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kita di masa akan datang.

Hanya doa dapat ku sampaikan buat adik adam ini dan seluruh anggota keluarga. Rindu yang tiada ubatnya, kasih dan sayang yang tiada nilai. Allahuakbar!

Alfatihah buat mu adik adam! 
http://www.youtube.com/watch?v=sVM1lY-Ie4M



No comments: