Sunday, 1 September 2013

Gambar Mesra Shila Amzah Bersama Johan As'ari


Gambar Mesra Shila Amzah Bersama Johan As’ari

Peminat dan orang ramai tahu bahawa penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Shila Amzah pernah putus cinta dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad satu ketika dahulu.
Bermula dari itu, kisah percintaan Shila sudah tidak lagi menjadi perbualan ramai. Namun beberapa hari lepas, Shila dilihat aktif berkongsi foto-fotonya di Instagram sewaktu bertandang ke majlis rumah terbuka Johan As’ari pada hari Sabtu yang lepas.
Mungkin bagi sesetengah orang ianya hanyalah sekadar foto biasa. Namun tetapi tidak bagi peminat-peminat Shila yang dilihat seakan merestui penyanyi ini sekiranya dia dan Johan As’ari bertemu jodoh.
Sebelum ini ada keluar di media sosial dan akhbar kisah Johan yang mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan telahpun menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Johan masih mengunci mulut mengenai identiti wanita misteri itu. Adakah Shila Amzah adalah wanita yang dimaksudkan? Kita sama-sama tunggu saja tuan empunya badan keluarkan kenyataan nanti. Apapun, jom layangambar mesra Shila dan Johan di bawah.

No comments: