Monday, 15 July 2013

Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013


Projek Iqra’ menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.
Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.
Rumah yang akan terlibat tahun ini ialah:
  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013
Terdapat 3 cara bagaimana kita semua boleh menjayakan projek ini:
  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.
Seorang anak yatim boleh ditaja dengan nilai tajaan sebanyak RM188.   Kita boleh saja berkongsi bersama adik beradik, anak beranak , rakan blogger atau rakan sepejabat.  Kalau berkongsi 4 orang , seorang perlu menyediakan RM47/seorang atau jika berkongsi 10 orang bersamaan RM18.80/seorang.
Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan anda ke:
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 564810504003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
Selepas membuat bayaran, sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 atau  SMS/MMS ke nombor telefon diatas ikuti maklumat di Facebook Projek Iqra.
Salah satu antara amalan yang berkekalan selepas kita meninggal dunia adalah sedekah jariah.  Marilah kita sama-sama mengambil bahagian di dalam projek ini mengikut kemampuan yang kita ada.  Moga
Saya telah mendaftar sebagai sukarelawan di Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Tmn Maluri, Kuala Lumpur bersama anak-anak. Angah dan Intan.
Jomlah sesama….. !

No comments: