Saturday, 13 July 2013

Man of Steel Dibenci Peminat Setia Superman?


Rasanya telah hampir sebulan filem Man of Steel ditayangkan dipanggung. Filem yang amat dinanti-nantikan oleh peminat Superman seluruh dunia itu hadir dalam bentuk 'reboot' atau pembikinan semula selepas francais pertamanya lakonan Christopher Reeve popular sekitar lewat 1970-an.

Man of Steel arahan Zack Snyder dan diterbitkan oleh Christopher Nolan membariskan aktor Henry Cavill sebagai Clark Kent, Amy Adams sebagai Lois Lane, Russell Crowe sebagai Jor-El, Kevin Costner sebagai Jonathan Kent dan Laurence Fishburne sebagai Perry White. Jika dilihat dari senarai nama-nama ini, sudah tentu harapan tinggi diberikan terhadap Man of Steel.

Pertamanya kerana imej Superman itu sendiri yang sudah dikenali. Tanyalah sesiapa sahaja, siapa yang tidak kenal dengan hero merah biru yang boleh terbang ini. Setiap dari kita mempunyai jiwa tersendiri terhadap imej Superman.

Kedua, nama Christopher Nolan sebagai penerbit. Lelaki ini bertanggungjawab menjadikan francais The Dark Knight atau Batman begitu popular pada dan menjadi ikutan di mata dunia. Ditambah pula dengan arahan dari Zack Snyder, sudah tentu harapan setinggi gunung diletakan oleh peminat Superman pada francais terbaru ini.

Namun, sebaik ditayangkan timbul perasaan kecewa dari sesetengah peminat tegar ikon superhero ini. Rata-rata mereka menyatakan perasaan kecewa terhadap jalan ceritanya yang gagal mencapai expectation yang mereka kehendaki.

Antara puncanya perubahan karekter yang berlaku kepada Superman sendiri. Superman kali ini digambarkan berlainan dari karekter Clark Kent sebelum ini. Tiada sifat-sifat kemanusian pada diri Superman sebaliknya dari aksi pertarungan dia dan watak antagonis, Jeneral Zod memperlihatkan dua makhluk asing bertarung di atas muka bumi. Kesan kemusnahan akibat pertarungan mereka berdua amat teruk sehinggakan manusia kelihatan seperti semut yang mudah-mudah dipijak dan nyawa mereka tidak berharga lagi.

Pertarungan mereka juga dilihat mengambil durasi yang begitu lama sehinggakan timbul rasa jemu dan penonton mengharapkan sesuatu yang lebih segar untuk dimainkan dengan emosi mereka.

Ulasan dari pengkritik filem antarabangsa juga banyak kurang bersetuju dengan jalan cerita Man of Steel. Chicago Sun-Times melaporkan tiada apa yang menarik dan boleh diingati dari filem Superman ini. Aksi pertarungannya terlalu meleret dan kadang kala penataan logik dalam filem ini boleh dipertikaikan. The Denver Post pula menulis masalah terbesar dalam filem ini ialah keseimbangan jalan ceritanya serta bentuk pengarahan. Produksi filem ini cuba bermain dengan emosi audiens sebaliknya mereka gagal menaikan mood penonton dan apa yang terhasil difikiran penonton ialah "bila filem ini akan tamat?

Kritikan-kritikan yang diberikan ini bagaimanapun bersifat kontra pula dengan beberapa pihak lain. Sesetengah penonton suka dengan imej baru serta tona gelap yang dibawakan oleh watak Clark Kent kali ini. Malah ramai yang memuji lakonan Russel Crowe yang dilihat hebat membawakan wataknya sebagai bapa kepada Superman. The Hollywood Reporter melaporkan pembikinan semula francais ini adalah sesuatu yang tidak perlu tetapi filem ini nampak hebat dibawah karya Zack Snyder. Sebahagian blogger juga menganggap karya kali ini jelas menampakan sentuhan Nolan dengan beberapa plotnya disusun dengan tone gelap. Malah mereka juga menyuarakan imej Clark Kent ini adalah selari dengan penampilan Bruce Wayne dari francais The Dark Knight.

No comments: