Friday, 12 July 2013

Lelaki Ini Tergamam Kekasihnya Tolak Lamaran di Tempat Awam ( Video ).

Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.


Kejadian itu (lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.

Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".

Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa.

Adussss.Kesian gilee.



No comments: