Wednesday, 29 May 2013

Kehidupan Dunia

Hari terus berlalu, menjalani hidup supaya aku tidak mudah gagal menghadapinya,
cuba untuk menjadi seperti mereka yang sudah berjaya di luar sana, aku terus sempit dengan masalah yang aku hadapi sekarang, bukan senang nak menjalani tapi aku tetap sabar menghadapinya demi masa depan aku yang lebih cemerlang.

Melihat manusia zaman sekarang kini makin berleluasa, aku takut bila tamatnya dunia bagaimana pula kehidupan aku disana? derita atau bahagia yang aku miliki, aku bukannya manusia yang terlalu sempurna dan aku juga mempunyai hati dan perasaan untuk menilai buruk dan baiknya.

Didunia aku takkan pernah dapat lari dari membuat kesilapan, aku juga pernah melakukan dosa dan aku juga pernah melakukan kesilapan. Tak mudah menjadi manusia yang sempurna sedangkan Nabi pun tak pernah ada yang sempurna. Ini yang perlu kita terima sehingga akhir zaman nanti.

Manusia zaman sekarang sering menyangka kelebihan yang kita ada disebabkan kita, padahal kita lupa segala itu hanyalah kurnia Tuhan jua. Dia yang membuka ruang, peluang, jalan, kesempatan, keadaan dan segala macam laluan yang membolehkan kita mencapai sesuatu yang tidak dicapai oleh orang lain. Betapa ramai orang lain mempunyai kelebihan dan kemampuan melebihi kita tetapi tiada ruang dan peluang yang sama lalu, dia tidak menggapai apa yang kita capai, maka bersyukurlah dan merendahkan kepada kebesaranNya..

Dan saya sentiasa bercita-cita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Dalam keadaan yang sekarang ini, yang mana terlalu banyak pengaruh dan fahman-fahman yang boleh membawa kepada  kesesatan, aku takut iman aku hanya senipis kulit bawang ini akan tersasar. Tidak juga saya mampu melihat saudara-saudara saya yang lainnya turut tersasar. Saya doakan kesejahteraan kepada semua, dan semoga melindungi kita dari perkara-perkara yang memudaratkan, Berdoalah, dan berserahlah kepadaNya.

Aku sentiasa takut dengan orang disekelilingku dimana duit menjadi mangsa kita membuat jahat dan menimbulkan fitnah kepada orang lain, kerana mulut badan binasa dan kerana kata-kata orang lain menjadi mangsa bahana kita. Kita hidup didunia bukan untuk selama-lamanya dan pada suatu saat kau akan pergi jua meninggalkan dunia fana ini. Sudahkan engkau bersedia dengan setiap persoalan yang akan dituju kepada engkau disana nanti? cukup kuatkah iman kita untuk hadapi hari itu? beringat sebelum terkena.

Setiap saat, minit, jam, hari dan waktu sentiasa bergerak, aku selalu berpesan dengan diri sendiri supaya jangan mudah lupa denganNya setiap kali engkau rasa takut, seronok, sedih dan mempunyai masalah, ingatlah setiap permasalahan yang kita hadapi pasti ada jalan keluarnya dan Allah sentiasa mendukung hambanya yang benar-benar terhadapNya.

Selalu berpesan dengan sendiri jangan pernah engkau sekali lupa denganNya, semoga kita dirahmati dan Selamat di Dunia dan di Akhirat. Aminn :)

No comments: