Saturday, 16 November 2013

Rezeki Dari 8Share dan ChurpChurp

Pada mulanya, memang susah nak naikkan earning ChurpChurp dan 8Share nie, bila dah pandai karang dan ada Page sehingga 100K Like, Earning saya semakin bertambah laju, Dulu. Nak cukupkan seratuh mengambil masa Sebulan lebih, now! dapat RM1000 dengan hanya 2Bulan. Cepatkan?

Tips yang saya buat. 

1. Pandai mengarang ayat dengan bagus. 
2. Guna Page Like yang banyak untuk dapatkan earning yang lebih. 


Jom bantu KLIK Link nie. Kalau korang nak saya tolong KLIK Link korang, Comment sini Linknya. Sama-sama jana pendapatan. Alhamdulillah. :)

8Share


ChurpChurp

Monday, 4 November 2013

8Share Dan ChurpChurp naik mendadak!

Pada mulanya, memang susah nak naikkan earning ChurpChurp dan 8Share nie, bila dah pandai karang dan ada Page sehingga 100K Like, Earning saya semakin bertambah laju, Dulu. Nak cukupkan seratuh mengambil masa Sebulan lebih, now! dapat RM1000 dengan hanya 2Bulan. Cepatkan?

Tips yang saya buat. 

1. Pandai mengarang ayat dengan bagus. 
2. Guna Page Like yang banyak untuk dapatkan earning yang lebih.  


Kepada mereka yang berminat nak jadi Cc page saya, boleh mention saya disini. Sewaan 3Page, Sebanyak RM70 Sebulan.

1. https://www.facebook.com/omgnetworkselatan

2. https://www.facebook.com/PPurpleNetwork
3. https://www.facebook.com/OmgMediaNetwork

Jom bantu Klik Link nie. Terima Kasih


1. http://my.sharings.cc/p/5dknx

2. http://curium-cr.com/share/my/3752/4839404
3. http://my.sharings.cc/p/5dkmp

Friday, 4 October 2013

Soalan Bocor Dari Kubur

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan “soalan bocor” ia selalu diulang-ulang setiap kali “TALQIN” dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan “Maksiat” dan “Kezaliman” dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah “Amal Kita”, sedangkan mulut kita dikunci.

Mereka yang hidup dengan “Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul” serta melakukan “Kezaliman” semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti “Di Mahkamah dunia”. Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang “WAJIB” diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.
Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH
Soalan Pertama:
Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui ‘Amalnya’) Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)
SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)
Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?
SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)
Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?
SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.
Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).
Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!
SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang ‘Aurat’ yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)
Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?
Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)
Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis ‘article’ ini. Kerana masih “Husnuz Zan” mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.
Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!
Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan ‘article’ ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.
LEGA RASANYA
Kredit : Azahari

Jika Islam Itu Benar, Tempatkan Bilikku Di Neraka

panji hitam
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Sumber : OneNewsHub

Friday, 13 September 2013

Akhir Zaman :Suami taat pada isteri tanda akhir zaman



Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)

Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat.

Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. "(HR Ahmad)

Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah. 

Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Membaca Tanda-Tanda Kiamat

Membaca Tanda-Tanda Kiamat

Hari kiamat pasti berlaku. Hanya saja, bilakah peristiwa itu akan berlangsung? Allah SWT sajalah yang mengetahui.

Tak ada satu pun makhluk di alam semesta, termasuk malaikat, yang mampu meramalkan waktu kiamat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW yang menjadi kekasih-Nya pun tidak diberi maklumat yang jelas.

Hal tersebut ditegaskan Allah dalam surah Al-A'raf ayat 187. "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. "

Tidak dapat dinafikan bahawa kita hari ini hidup di akhir zaman. Pelbagai peristiwa telah mengisyaratkan bahawa bumi semakin tua. Cuaca semakin tidak menentu dan sukar diramal. Berbagai bencana, seperti gempa bumi, gunung meletus, badai, dan banjir kerap terjadi di berbagai penjuru dunia. Ini ditambah dengan gejala pemanasan global (global warming) yang makin membimbangkan.

Dalam kehidupan sosial, pelbagai kejadian memilukan juga sering terjadi akhir-akhir ini. Misalnya pembunuhan, rogol, perang saudara, korupsi, dan berbagai bentuk kebejatan moral lainnya. Hal tersebut melanda di pelbagai penjuru dunia. Banyak yang mengatakan pelbagai kejadian tersebut merupakan petanda kiamat sudah dekat.

Dan memang, walaupun kiamat adalah suatu rahsia besar, tapi Allah memberikan sejumlah isyarat atau tanda kepada manusia bahawa saatnya telah dekat. Perlu kepekaan hati untuk boleh membaca tanda-tanda tersebut. Buku karya ulama besar Ibnu Katsir ini mengungkap banyak hal tentang kiamat. Antara lain, tentang tanda-tanda kedatangannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, "Segeralah beramal baik sebelum terjadi enam tanda kiamat. Iaitu, matahari terbit dari arah ia terbenam, Dajjal, asap tebal, haiwan melata bicara (dabbah), petaka (kematian khusus) individu, dan petaka am (kiamat besar). "(HR Ahmad).

Dalam hadis lain Rasulullah menjelaskan, "Ada enam tanda kiamat. Iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga orang memberi 100 dinar masih membuat yang diberi marah, petaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata antara kamu dengan keturunan kuning (Rom). Namun, mereka khianat dan menyerang kalian melalui lapan puluh panji, yang masing-masing dengan 12 ribu orang. "

Hal lain yang banyak dibicarakan orang berkaitan dengan kiamat adalah kemunculan Dajjal. Dalam Al-Quran dan hadis banyak digambarkan tentang Dajjal. Antara lain, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga muncul 30 kaum Dajjal sang pendusta. Semuanya mengaku sebagai utusan Allah, harta benda melimpah, timbul banyak petaka, dan kekacauan merebak. "Sahabat bertanya, 'Kekacauan seperti apa?' Beliau menjawab, 'Pembunuhan, pembunuhan, dan pembunuhan."

Pembahasan tentang turunnya Nabi Isa juga dibahas panjang lebar dalam buku ini. Juga tentang kemunculan Ya'juj dan Ma'juj, haiwan melata keluar dari bumi dan menyapa manusia, matahari terbit dari arah tenggelam, asap tebal yang mengepul di akhir zaman. Selain itu, juga tentang apa yang telah dan belum terjadi berkaitan tibanya saat kiamat dan gambaran umat akhir zaman.

sumber dari republika.co.id

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

sumber darulnuman.com

13 tanda kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita

Tanda-tanda qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari). sumber islampos.com

Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

Akhir Zaman :Suami taat pada isteri tanda akhir zaman

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)

Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat.

Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. "(HR Ahmad)

Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah. 

Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Kisah janda muda mujahid Syria jadi rebutan lelaki kaya Arab

Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.

Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.

Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud panjang.

"Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,

Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.

Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.

Aku akan bergembira apapun keputusan Mu

Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. "

Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assas dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.

Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal.  Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.

Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.

"Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini."

Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A'ini dari Homs.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki. 
Diterjemahkan dari sumber islampos.com