Wednesday, 7 November 2012

Bahagia kami!

Kosong kan minda dan kongsikan ianya dengan keindahan dan kebahagian, 
Cari mana ianya hilang sang pelangi, Hitam putih takdiperlukan lagi, 
Masa terus menuju kehadapan dan bersilih ganti, Pelangi menjadi penamantnya suatu hari nanti,

Cerita selalunya bermula dengan kosong, sampai pertengahan ceritanya mula rancak, 
Berterusan mengikut hari yang sentiasa bertukar ganti dan waktu yang sentiasa kedepan, 
Kehidupan itu mula merasai dan kehangatan ianya mula terasa,

Sebuah tiang yang dibina menjadi kukuh telah terbentuk, membawa sekian kaum untuk berlindung, 
Memberikan sepenuh keperluan yang diinginkan, membuahkan hasil kebahagian, 
Masa tak pernah berhenti dan peredaran bumi sentiasa berputar, 
Manusia tak pernah ada yang baik dan tak pernah ada yang buruk sahaja, pasti akan diliputi keduanya sekali.

Begitulah setiap sifat yang dimiliki oleh manusia, mempunyai pelbagai emosi dan perasaan, 
Tak pernah menyalahkan yang pastinya mengharapkan setiap kesilapan harus diperbetulkan.
Menginsafkan diri sangat diperlukan, semoga suatu hari nanti kau tahu dimana bumi berpijak dan langit dijunjung .  

No comments: