Sunday, 21 October 2012

Hati dan Perasaan

Maaf! hati dan perasaan sangat sensitif bagi aku dan sama seperti kamu semua.

Aku tak tahu kenapa tapi aku harus ambik tahu kerana ini hati aku,
aku memang mulut lancang, kekadang main lepas je bila berbicara, ialah buat apa nak simpan jee.
Lepaskan selagi boleh. 
Perasaan ini kalau disimpan lama-lama, maka makin perit lah kau akan hadapi selamanaya. 
Hati ini bukan tempat untuk engkau mainkan sahaja, ada masa kau perlu juga jaga supaya ianya tidak terluka 
Hati ini bila terluka susah untuk disembuhkan kembali, dan jika perasaan ini hancur makan takde lagi penganti buatnya .. 

Aku bukan nak salahkan takdir tapi kenapa masa lampau aku, aku lalui dengan kegelapan?
kenapa takde sinar yang akan menyinari kegelapan itu?
Aku tahu semuanya sudah tertulis dalam kitabNya perjalan hidup seorang manusia, hanya manusia sendiri yang mampu mengubah nasibnya sendiri untuk menjadi lebih baik. 
Aku insan yang lemah, kekadang melihat mereka! aku terasa cemburu.
Tapi aku tak pernah salahkan sesiapa  kerana kehidupan mereka, dan aku kehidupan aku ..

Sewaktu dulu aku pernah bermimpi, mimpi berpusing jelajah ke satu dunia. 
disitu aku mula melihat Dunia kehidupan yang sebenar, dimana dunia tak hanya diselimuti dgn Hitam Putih.
Ianya penuh dengan warna warni, Biru, Merah, Hijau, Ungu, Kuning, Jingga dan banyak lagi seperti pelangi.
Bermula disitu aku tidak takut lagi, dan InsyaAllah mimpi yang bakal menjadi kenyataan di suatu saat nanti . 

Sama-sama kita imbangkan, bersujudlah kepada dia! Semoga dimana kita berada kita tidak akan takut menghadapi sesuatu permasalahan dan berdoalah sentiasa kepadanya semoga kita diberikan panjang umur dan mancapai impian yang dihajatkan selama ini. Sentiasa lah bersabar walau apa-apa pun yang berlaku . 
Sesungguhnya Allah akan membantu umatnya kepada manusia yang sentiasa mengingat diriNya .. 

No comments: