Wednesday, 24 October 2012

29 Febuari


29 Febuari 

Aku bercerita mengikut kefahaman aku yang ada dalam cerita ini . 
Sungguh menarik kisahnya, walaupun ianya adalah fantasi buat kita . 

Manusia tak pernah dapat kesempurnaan, disetiapnya pasti ada kekurangan , 
Bagi budi dalam kisah cerita ini, dia di ketegorikan manusia yang bertuah, kerana dia lahir pada 29Febuari, 
kita sendiri tahu, 29 Febuari akan muncul 4Tahun sekali dan usia budi akan naik 1Tahun dalam tempoh 4 Tahun sekali, 
apa yang menarik adalah, semasa umur budi 10Tahun kehidupan yang dilaluinya adalah selama 40tahun. 
manusia lain hairan dengan keberadaan diri budi kerana tidak membesar .. 

Semasa sesudah dewasa, budi menemui wanita hatinya yang bernama Lili, dia mula tertarik dengan perwatakan si Lili, 
sesudah lama berkenalan dan keluarganya dapat tahu si Lili ada hubungan lelaki lain dengan berbangsa Melayu, Ayah Lili marah kepadanya dan supaya tidak lagi bercinta dengan lelaki Melayu itu (Budi). 

Sampai suatu saat, Si Budi datang kerumah Lili untuk berjumpa dengan ayahnya dan berterus terang yang dia cintakan Lili sekali gus melamar Lili untuk menjadi isterinya, Ayah Lili mengamuk dan memarahi si Budi budak berbangsa Melayu itu, lalu budi pergi meninggalkannya .. 

Disuatu hari, si budi dapat mengetahui Lili pergi tinggalkan Kuala Lumpur untuk ke Pulau pinang untuk memenuhi dan mencapai impianya untuk menjadi seorang penyanyi . Hari demi hari berlalu, usia pun meningkat! bagi budi waktunya sangat panjang, tapi bagi Lili waktunya hanya sikit sahaja untuk hidup. Sampai suatu ketika dia membuka perniagaan menjual bunga dan mempunyai dua orang pekerja di Pulau pinang. 

Pada suatu hari pekerja tidak datang kedai untuk bekerja untuk menghantar bunga itu, Budi dapat mengetahui dan mengambil bunga itu dan dihantarkan kepada tuanya, sampai sahaja dihospital tempat menghantar bunga itu! rupanya bunga itu ditempah sendiri oleh pekerja. Si budi hairan dengan nama pesakit yang tertera di depan pintu, rupanya kekasih lamanya yang terlantar sakit. Budi tak percaya dengan keadaan pesakit itu kerana wajahnya seperti orang tua, tetapi hakikatnya dialah Lili kekasihnya sejak berpuluh tahun dahulu. Budi lari kebingungan kenapa wajah LiLi tua sedangkan budi wajahnya seperti usia 40 tahun dan masih lagi berupaya untuk kerja sekuat yang boleh. Akhir sekali dia baru percaya yang wanita itu adalah Lili kekasih lamanya .. 

Hari demi hari, usia si Lili hampir sampai ke penghujungnya. Budi menceriakan saat2 indahnya bersama Lili dan mengimbas kembali kenangan masa lampaunya, sampai pada suatu saat Lili mengalami sesak nafas dianggap hampir tiba waktunya. Budi dapat Telefon dari kawannya yang mengatakan Lili tidak berapa okay, semasa dalam perjalanan budi ke Hospital dia mengalami kemalangan dimana sebuah kereta melanggar dia dan sewaktu itu penyakitnya sudak mula keluar. Akhirnya di kemalangan dan ambulans bergegas membawanya ke Hospital, sampai saja dihospital! Lili bertembung dengan si Budi dan budi telah meninggalkanya sebelum dia pergi, dan akhir sekali yang menjadi penghujung ceritanya Lili jugak meninggal dunia . 

Semua harta peninggalan arwah si Budi di dapat oleh, Anak sepupu Lili mendiang Keluarga Ho Lai Lai. Di dalam surat wasiat itu budi telah berjanji untuk membuka sebuah tempat untuk orang yang memerlukan dan tempat itu bernama Teratak Budi yang diwarisi oleh Anak Sepupu Lili ..

Yang diatas sekali itu adalah sebuahlagu dimana ketika budi dan lili bertemu! lagu itu menjadi pengubat rindu mereka dan lagu itu lah yang menyatukan hati dan mereka dan sayangnya mereka tidak kekal lama . 

Setakat cerita sahaja pun tidak guna, anda semua patut tengok ceritanya jugak pasti ada akan merasai sayang, cinta kepada orang yang anda sayangi. Sungguh best lah cerita ini untuk dikongsikan .. Jangan Lupa Tengok Kisah Ceritanya <3

No comments: