Thursday, 25 October 2012

Sambungan Kisah KAMI!

Dah lama tak masuk ke dalam dunia sendiri, dimana perasaan dan kehidupan itu selalu bermain di hadapan aku sendiri, yang ini sungguh menarik untuk aku kongsikan untuk kamu semua .

Aku tinggal di kampung baru dan dalam masa yang sama aku hanya ada kawan di chowkit yang selalu meneman aku disetiap aku kesepian, mereka lah yang selalu aku ada dikala aku sunyi, dunia itu tidak kejam kekadang kita sendiri yang membuatkan ianya menjadi kejam. Setengah manusia yang kekadang mengikut emosi dan yang selalu di hasut dari bisikan syaitan membuatkan diri manusia marak menjadi api yang membara.

Terus to the point!

Haha, orang kutuk itu biasa! cakap belakang lagi lah aku pernah rasa. dengan sekecil itu pun engkau nak terasa, paham tak ayat itu untuk engkau berfikir kalau tak! takde maknenya aku nak tweet nya. Hello! kau dah besar, cakap kata dah matang? kalau itu sendiri ku kau mengamuk tak tentu pasal, susah lah bila kau bekerja nanti. memang lah dunia kau sekarang masih dunia belajar, tahu tak! umur kau dah tak lama lagi, ya betul kau anak tunggal! semua benda kau boleh dapat, tapi sampai bila? tak lama dah tuh, bukan nak burukkan engkau, tapi lebih baik kau berfikir sebelumnya ianya terlambat.

Sebelum lebih lanjut! Anyway. aku tak pernah kutuk kau dekat belakang selama ini, Aku kutuk depan-depan walaupun not face to face!. harituh kau kusyuk dengan tweet kau lepastuh boleh tak perasaan apa yang aku tweet untuk kau eh!, bagi aku tak kesah pun kau baca ke tak, bagi aku lebih baik kau baca. boleh terasa time tuh. Tapi kenapa eh! sehari selepas tuh baru kau ungkit cerita tuh? sedangkan waktu petang sebelum kau maki aku tuh elok je aku BBM kau, takdelah macam sakit hati pun. sampai waktu malam je, kawan kau BBM aku, "Ali tweet tuh untuk kau kew?! aku pun scroll tweet yang kau tweet tuh. Nampak gaya untuk aku, dan aku pun terasa pelik! tadi petang elok je BBM? aku tak tuduh sesiapa, tapi aku kenal sangat dengan kawan aku dan cara dia, bukan baru aku kenal dia! dah lama weii. so! perangai selok belok korang tuh aku dah tahu sangat.

Yang paling penting lah, kau dah bercinta kan! kau tahu kau bercinta dengan sape? adik kawan kau sendiri, paham? dalam masa yang sama kau dengan perempuan lain dan dalam masa yang sama budak tuh pun berada juga di dalam tempat kejadian itu, dan itu pun kau takleh nak berfikir kew? Ouh! paham2 jelah yang aku tweet tuh kan, aku rasakan kau pun dah suka dengan tweet tuh, pastu? pun takleh nak fikir jugak?

Kawan! aku tak rugi papelah, memang aku banyak belanja kau! tapi aku tak batak untuk engkau belanja aku, dan aku pun tak mengharapkan balasan dari engkau! aku just kau nak berfikir dengan sewajarnya yang mane betul dan mane yang buruk. Ouh lupa pulak kau kan ada kawan baik, sape namanya tuh? alaaa, sape eh. lupa pulak, whatever lah sape namanya sekali pun. Aku dari dulu memang bukan kawan kau pun dan aku tahu itu, aku malas je nak cakap.

Anyway! kau bangga kan apa yang kau tweet harituh? kau tahu tak tweet engkau Public! dan ramai yang tukang membacanya, seolah-olah kau dah menyerlahkan kebodohan engkau sendiri dekat dalam tweet itu. aku sedih giler kau tweet macam tuh, seolah2 kau tuh macam perfect sangat! padahal tak punn ..

Dalam nie just nak kongsi cerita je nye pun! please jangan terasa. hanya Luahkan perasaan, aku tak mampu nak cerita dengan orang lain, sebab aku segan orangnya . Hehe! Kepada engkau !!! Aku tak pernah kutuk engkau pun, kalau aku kutuk takde maknenye aku nak Tweet berbagai dekat twitter tuh. Hello! aku tak bodoh okay pakai twitter, aku masih waras lagii! . Satu je yang aku tak mampu!! untuk cakap depan-depan itu jee, Aku mampu kasi engkau nampak apa yang aku rasa untuk aku cakap dengan engkau jee .. Selebihnya bergantung kepada engkau untuk menilai! kalau engkau rasa buruk, cakap elok2 dan bagi tahu. if kau taknak cakap depan2 pun. bagi aku nampak apa yang engkau rasa .. itu jeee!

Sikap engkau dekat twitter harituh sangat melampau! . Terima Kasih lah untuk itu :D

Wednesday, 24 October 2012

29 Febuari


29 Febuari 

Aku bercerita mengikut kefahaman aku yang ada dalam cerita ini . 
Sungguh menarik kisahnya, walaupun ianya adalah fantasi buat kita . 

Manusia tak pernah dapat kesempurnaan, disetiapnya pasti ada kekurangan , 
Bagi budi dalam kisah cerita ini, dia di ketegorikan manusia yang bertuah, kerana dia lahir pada 29Febuari, 
kita sendiri tahu, 29 Febuari akan muncul 4Tahun sekali dan usia budi akan naik 1Tahun dalam tempoh 4 Tahun sekali, 
apa yang menarik adalah, semasa umur budi 10Tahun kehidupan yang dilaluinya adalah selama 40tahun. 
manusia lain hairan dengan keberadaan diri budi kerana tidak membesar .. 

Semasa sesudah dewasa, budi menemui wanita hatinya yang bernama Lili, dia mula tertarik dengan perwatakan si Lili, 
sesudah lama berkenalan dan keluarganya dapat tahu si Lili ada hubungan lelaki lain dengan berbangsa Melayu, Ayah Lili marah kepadanya dan supaya tidak lagi bercinta dengan lelaki Melayu itu (Budi). 

Sampai suatu saat, Si Budi datang kerumah Lili untuk berjumpa dengan ayahnya dan berterus terang yang dia cintakan Lili sekali gus melamar Lili untuk menjadi isterinya, Ayah Lili mengamuk dan memarahi si Budi budak berbangsa Melayu itu, lalu budi pergi meninggalkannya .. 

Disuatu hari, si budi dapat mengetahui Lili pergi tinggalkan Kuala Lumpur untuk ke Pulau pinang untuk memenuhi dan mencapai impianya untuk menjadi seorang penyanyi . Hari demi hari berlalu, usia pun meningkat! bagi budi waktunya sangat panjang, tapi bagi Lili waktunya hanya sikit sahaja untuk hidup. Sampai suatu ketika dia membuka perniagaan menjual bunga dan mempunyai dua orang pekerja di Pulau pinang. 

Pada suatu hari pekerja tidak datang kedai untuk bekerja untuk menghantar bunga itu, Budi dapat mengetahui dan mengambil bunga itu dan dihantarkan kepada tuanya, sampai sahaja dihospital tempat menghantar bunga itu! rupanya bunga itu ditempah sendiri oleh pekerja. Si budi hairan dengan nama pesakit yang tertera di depan pintu, rupanya kekasih lamanya yang terlantar sakit. Budi tak percaya dengan keadaan pesakit itu kerana wajahnya seperti orang tua, tetapi hakikatnya dialah Lili kekasihnya sejak berpuluh tahun dahulu. Budi lari kebingungan kenapa wajah LiLi tua sedangkan budi wajahnya seperti usia 40 tahun dan masih lagi berupaya untuk kerja sekuat yang boleh. Akhir sekali dia baru percaya yang wanita itu adalah Lili kekasih lamanya .. 

Hari demi hari, usia si Lili hampir sampai ke penghujungnya. Budi menceriakan saat2 indahnya bersama Lili dan mengimbas kembali kenangan masa lampaunya, sampai pada suatu saat Lili mengalami sesak nafas dianggap hampir tiba waktunya. Budi dapat Telefon dari kawannya yang mengatakan Lili tidak berapa okay, semasa dalam perjalanan budi ke Hospital dia mengalami kemalangan dimana sebuah kereta melanggar dia dan sewaktu itu penyakitnya sudak mula keluar. Akhirnya di kemalangan dan ambulans bergegas membawanya ke Hospital, sampai saja dihospital! Lili bertembung dengan si Budi dan budi telah meninggalkanya sebelum dia pergi, dan akhir sekali yang menjadi penghujung ceritanya Lili jugak meninggal dunia . 

Semua harta peninggalan arwah si Budi di dapat oleh, Anak sepupu Lili mendiang Keluarga Ho Lai Lai. Di dalam surat wasiat itu budi telah berjanji untuk membuka sebuah tempat untuk orang yang memerlukan dan tempat itu bernama Teratak Budi yang diwarisi oleh Anak Sepupu Lili ..

Yang diatas sekali itu adalah sebuahlagu dimana ketika budi dan lili bertemu! lagu itu menjadi pengubat rindu mereka dan lagu itu lah yang menyatukan hati dan mereka dan sayangnya mereka tidak kekal lama . 

Setakat cerita sahaja pun tidak guna, anda semua patut tengok ceritanya jugak pasti ada akan merasai sayang, cinta kepada orang yang anda sayangi. Sungguh best lah cerita ini untuk dikongsikan .. Jangan Lupa Tengok Kisah Ceritanya <3

Sunday, 21 October 2012

Hati dan Perasaan

Maaf! hati dan perasaan sangat sensitif bagi aku dan sama seperti kamu semua.

Aku tak tahu kenapa tapi aku harus ambik tahu kerana ini hati aku,
aku memang mulut lancang, kekadang main lepas je bila berbicara, ialah buat apa nak simpan jee.
Lepaskan selagi boleh. 
Perasaan ini kalau disimpan lama-lama, maka makin perit lah kau akan hadapi selamanaya. 
Hati ini bukan tempat untuk engkau mainkan sahaja, ada masa kau perlu juga jaga supaya ianya tidak terluka 
Hati ini bila terluka susah untuk disembuhkan kembali, dan jika perasaan ini hancur makan takde lagi penganti buatnya .. 

Aku bukan nak salahkan takdir tapi kenapa masa lampau aku, aku lalui dengan kegelapan?
kenapa takde sinar yang akan menyinari kegelapan itu?
Aku tahu semuanya sudah tertulis dalam kitabNya perjalan hidup seorang manusia, hanya manusia sendiri yang mampu mengubah nasibnya sendiri untuk menjadi lebih baik. 
Aku insan yang lemah, kekadang melihat mereka! aku terasa cemburu.
Tapi aku tak pernah salahkan sesiapa  kerana kehidupan mereka, dan aku kehidupan aku ..

Sewaktu dulu aku pernah bermimpi, mimpi berpusing jelajah ke satu dunia. 
disitu aku mula melihat Dunia kehidupan yang sebenar, dimana dunia tak hanya diselimuti dgn Hitam Putih.
Ianya penuh dengan warna warni, Biru, Merah, Hijau, Ungu, Kuning, Jingga dan banyak lagi seperti pelangi.
Bermula disitu aku tidak takut lagi, dan InsyaAllah mimpi yang bakal menjadi kenyataan di suatu saat nanti . 

Sama-sama kita imbangkan, bersujudlah kepada dia! Semoga dimana kita berada kita tidak akan takut menghadapi sesuatu permasalahan dan berdoalah sentiasa kepadanya semoga kita diberikan panjang umur dan mancapai impian yang dihajatkan selama ini. Sentiasa lah bersabar walau apa-apa pun yang berlaku . 
Sesungguhnya Allah akan membantu umatnya kepada manusia yang sentiasa mengingat diriNya .. 

Friday, 5 October 2012

Kelahiran aku

Salam buat semua,

Hai korang sekarang 11.48pm , 5 Oktober. Sekejap lagi akan masuk 6 Oktober! itu bermakna aku lahir pada tarikh dan bulan itu. Aku sudah memasuki umur 18Tahun dan sepanjang 18Tahun itu banyak benda yang aku dah buat mungkin tak sama dengan mereka yang lain , tapi aku bangga jadi diri sendiri seperti aku sekarang. Kehidupan takkan berjaya kalau diri sendiri yang tak usahakan, tak bergantung kepada keluarga.

Sekarang 18Tahun, banyak peningkatan yang telah dilakukan untuk diri sendiri menjadi lebih baik. Now! sangat bangga dengan diri sendiri. Berterima kasih kepada keluaraga terutama pada ibu yang telah melahirkan aku dan menjadikan aku seperti sekarang, pada cikgu dan rakan-rakan terima kasih sesangat, tanpa korang aku mungkin tak seperti sekarang dan mungkin kurang ilmunya .. Kerana korang aku dapat belajar banyak benda sepanjang hidup aku nie.

Pada mereka yang benci aku dan tak suka, aku tak mapu untuk tukar niat korang untuk benci atau tidak. Tetapi naik sahaja 18 tahun nie, aku nak mulakan story baru aku. so! aku memohon maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa dan kurang ajar pada korang. Mungkin lepas nie aku kena ubah diri aku untuk membuat kan korang suka .

Kehidupan ini tak lama dan ianya hanya sementara, aku akan tolong selagi aku boleh. InsyaAllah dengan izinya, Semoga naik 18 nie! ada perubahan yang lebih baik untuk dibanggakan dengan diri sendiri dan untuk orang lain. InsyaAllah! sesama kita doakan . :)

Selamat Hari UlangTahun Muhammad Ali Afandi, Semoga Panjang umur dan Murah rezeki! selalu lah berbakti walau dimana jua anda berada. :)

Happy Birthday untuk korang yang lahir pada 6Oktober2012 .



Kisah kehidupan baru bermula, Semoga lebih baik akan tiba :D

Monday, 1 October 2012

IA ATAU TIDAK

Menanti hari yang tak tahu kapan berkahirnya,
bukan mengaharapkan perpisahan tetapi mengharapkan sesuatu yang baik akan datang,
setiap manusia mempunyai pilihan sendiri, hidup dia! dia berhak tentukannya,
kesedihan itu pasti terasa bila tiba saatnya perpisahan itu terjadi,
apakan daya, kita manusia biasa mempunyai hati, emosi, ceria, riang, sedih dan perasaan .

Tak berani nak salahkan sesiapa dalam hidup ini kerana kita berlainan cara untuk buat sesuatu benda.
kita berlainan fikiran untuk melakukan sesuatu cara.

Kita bakal kehilangan dia, tetapi kita tak bererti kita akan kehilangan yang maha kuasa,
walau sejauh mana rakan dan keluarga kita pergi, nescaya Allah pasti temukan kita semua kembali
ibarat dimana bumi dipijak disitu lagi ku junjung ..

Cerita yang susah untuk dihabiskan sampai penghujungnya, hanya menunggu!
aku takkan lari. aku ingin menanti sebuah penamat untuk cerita ini ..
Semoga ianya lebih menarik untuk dikongsikan bersama :D