Friday, 31 August 2012

Aku punya cerita

Assalammualaikum terlebih dahulu,

Aku punya cerita, 
kisah aku yang aku ingin coretkan untuk anda semua mengenai cerita kehidupan aku. 

Aku mempunyai sebuah keluarga yang terdiri 9 adik beradik dan aku adalah anak yang ke7. 
aku mempunyai 3 kakak ipar dan 4orang anak buah, ini keluarga aku yang sebenar . 

Jika keluar dari rumah, aku juga mempunyai satu lagi keluarga yang besar,
yang terdiri dari kawan-kawan, cikgu, kakak angkat, abg angkat dan yang lainya . 

Kawan-kawan

Kami

Wajah kami 

Kenangan semasa last day, ursen tinggalkan LORONG the musical untuk sambung belajar ke pinang .

Impian aku memang tak banyak cukup dengan satu ini, wujudkan kehidupan mereka yang mereka takkan boleh lupakan sampai bila-bila dan cerita ini lah yang akan menyedarkan mereka ketika mereka sudah berjaya dan takkan pernah lupa pada asal-usul mereka .. 

Disini lah mereka bermula demi mencapai kehidupan mereka yang lebih baik dimasa akan datang, seronok bila gelak ketawa, seronok bila bersama . 

Disaat sedih mereka saling membantu walaupun apa pun jua berlaku, paling penting mereka tidak mengira orang berharta atau pun tidak. kita semuanya adalah sama! hanya hati dan perasaan sahaja yang selalu ada untuk mereka memilih yang mana bagus untuk mereka ..

Aku tahu cerita ini akan sampai penghujung dan takkan mungkin seperti sekarang bila 10 Tahun akan datang nanti, tapi apa yang diharapkan oleh mereka semua! kembali bersatu semula disatu tempat yang sama dimana mereka bermula berpijak di bumi yang nyata, dan berkongsikan cerita dan pengalaman mereka bila berpisah dan akhirnya bersatu semula . 

Aku simpankan kenangan ini untuk 10tahun akan datang lagi untuk mereka semua, dan aku akan simpankan diary ini untuk mereka . 

AnnoyingFamily's 1.9.2012 . Sabtu 


Friday, 24 August 2012

CINTA

Perhubungan dalam percintaan,
Kita sendiri yang memikirkan,
kenapa kita suka dia!
kenapa kita cintakan dia!
kenapa kita sanggup hidup dengannya .

Bagi disekeliling aku! aku masih tak nampak cinta yang benar itu, hanya yang aku lihat CINTA itu selalu dipermainkan dan diperbodoh-bodohkan .

Dalam kisah cinta ini, aku tak mampu untuk bersuara sedangkan aku masih belum menemui cinta itu,
hanya mampu bersuara apa yang orang ramai selalu diperkatakan.

Adakah cinta hanya untuk di permainkan?
Adakah cinta itu hanya sebuah perkataan yang kita tak mampu merasai?
Adakah cinta itu sebuah perkataan untuk kita bermaki-maki?
Adakah cinta itu menyuruh kita untuk bergaduh?

Semua perkara itu terletak ditangan kita, kenapa kita sanggup bercinta dan kenapa kita perlukannya . jangan jadikan hanya untuk permainan dalam hidup sahaja .
Cinta itu akan sampai penghujungnya bila kita tak mampu lagi menjaga cinta itu

Thursday, 23 August 2012

Kad Kahwin

Saya masih 18Tahun, banyak benda yang nak kene belajar dalam dunia Art nie .. 
So! sape yang pandai Art tuh, mintax tolong lah beri tunjuk ajar kepada saya ini . hihi

KAD 1


KAD2


KAD 3


KAD 4


Wednesday, 22 August 2012

KAMI

Menceritakan kisah mereka yang sentiasa berwajah ceria dan menyeronokkan, 
sentiasa tidak pernah sunyi dan kesepian
setiap hari mereka sentiasa bersatu, untuk membuat cerita itu lebih menarik. 

Menghilangkan segala kesedihan walaupun banyak masalah yang dihadapi, itu KAMI, 
menulis cerita di dalam sebuah buku, yang KAMI ini punya cerita sendiri, 
melukis sebuah gambar yang KAMI ini tak selalunya bersedih 

Sebuah impian yang pasti akan berubah dan terjadinya di masa akan datang, 
semoga cerita ini akan berpanjangan dan semoga kisahnya terus lebih menarik, 

Ini keluarga aku, Keluarga kita, Keluarga KAMI, dan Keluarga Kami semua . 

Posing depan Maybank Bukit Bintang

Otw nak balik Kerumah, jam menunjukkan pukul 4am

dekat jalan raya depan Times Square

Main bowling at Times Square sebelum berbuka puasa

Buka puasa, last ramadhan at KFC Pavilion 

Main bowling 

Photo sehari sebelum raya dan malam raya 
#PhotoKL

Wednesday, 15 August 2012

Minda

Kita manusia, cukup sifatnya dari akal, tubuh badan, dan anggota seluruhnya
dalam kehidupan ini akal lah lebih penting, kerana kita selalu menggunaknnya

disetiap perkara yang kita lakukan dan yang kita buat, kita sendiri menentukannya
bukannya orang lain sewenang-wenangnya mengawal akal kita,
jadi! akal memainkan peranan dalam kehidupan, apa lagi menentukkan masa depan,

Akal kita, kita sendiri dapat mampu mengawal tahapnya, bukannnya orang lain,
dan setiap pilihan yang kita buat, akal kita lah yang merancang untuk memilih yang mana terbaik
bukannya orang lain yang menentukkanya.

Manusia mampu mendengar nasihat dari orang lain, tapi manusia itu tak mampu mengawal minda orang lain,
kerana setiap minda kita adalah berbeza,
dalam kehidupan hari pun kita dah tahu, semua manusia tak pernah ada yang sama
ibarat, kulit manusia yang ada hitam dan putihnya.

Manusia bukannya robot untuk memikirkan banyak benda dalam satu masa,
dan manusia bukan ada banyak akalnya, cuma 1 sahaja akal yang diberi oleh Allah,
jadi! pahamkan dan mengertilah, kenapa dia sanggup membuat pilihan itu,
kita sebagai manusia tak mampu untuk membaca fikiran manusia yang lain,
kalau ada sekali pun maka manusia pun takkan bercakap, hanya membaca mindanya sahaja ..

Sunday, 12 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi, 
persiapan demi persiapan telah dilakukan. 
semoga tahun ini bermakna dari tahun lepas, 

Meninggalkan bulan Ramadhan amat menyedihkan 
panis manis dibulan ramadhan adalah kenangan terindah buat kita. 

Jangan sedihkan pagi syawal dengan air mata
justeu kita patut bergembira kerana kita berjaya menjalankan tugas sebagai hamba Allah, 

Tahniah kepada mereka yang berpuasa penuh, 
semoga setiap amalan pada bulan puasa ini Allah dapat menerimanya. 
semoga yang kita belajar dibulan ramadhan dapat digunakan dibulan2 yang lainn .. 

Sekali lagi nak mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin 
Semoga bergembira bersama keluarga yang tersayang . 

Maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa dari cintacenutcenit.blogspot.com :)

Saturday, 11 August 2012

Permainan cinta

Percintaan yang selalu menjadi permainan, 
kadang-kadang pemilihan untuk memilih adalah amat sukar bila cinta itu dipaksa dan tak dipaksa .. 

Manusia zaman sekarang, memilih perempuan hanya dari luaran bukan lagi dalamanya
kalau dulu kita tengok pasangan ibubapa mereka yang pilih
sekarang mereka sendiri mampu memilihnya
ibarat orang tua kata, ibubapa memliha lagi bagus! kerana berkat hidupanya nanti 

Tapi bagi sekarang tak lagi, kebanyyakan kaum adam untuk mencari kaum hawa hanya dari luaran 
tak lagi di dalamnya . 

jadi! setiap kisah percintaannya selalu menjadi penghalang akibat ibubapa yang tak merestui, itulah yang selalu terjadi ketika dalam perhubungan percintaan .. 


Kebahagian

Memiliki kebahagian memerlukan pergorbanan,
memiliki kebahagian memerlukan perjuangan, 

Di setiap apa yang kita inginkan, disetiap apa yang kita harapkan 
mesti memerlukan kekuatan yang kuat . 

Nescaya disetiap penderitaan yang kita hadapi pasti akan dibalas dengan ketenangan 
disetiap kesedihan yang kita rasai pasti akan menemui kegembiraan 

Jadilah manusia sentiasa kuat kita menghadapi dugaan,
Allah takkan beri dugaan kepada umatnya jika umatnya tak mampu menghadapinya ..

Sentiasa lah percaya pada diri, kemampuan kita sendiri!
insyaAllah semuanya akan kita hadapi dengan tenang .

Friday, 10 August 2012

Hari Raya 2012

Kadang-kadang manusia yang cukup serba ada, tak mampu untuk menghargainya. 
Apetah lagi bila hampir tibanya hari raya Aidilfitri . 

Kita yang manusia cukup dengan yang ada ini, bersyukur lahh.
jangan melebih batas, kerana setiap mereka yang lain ada yang mereka tidak mampu .. 

Kegembiraan tidak akan terasa jika yang lainya turut bersedih dalam kesempitan, 
sama-samalah kita membantu agar mereka turut merasai apa yang kita rasa . 

Sama-samalah kita membantu, jangan mementingkan diri.
kerana disetiap mereka ada kesusahannya . 

Aidilfitri adalah hari gembira buat kita semua, hidup lah seperti mereka yang lain juga . :)

Tuesday, 7 August 2012

Keindahan

Keindahan, 
Setiap manusia ingin memliki kebahgian, setiap manusia inginkan keseronokkan

Dalam kehidupan berumah tangga, Allah telah menciptakan manusia berpasangan setiap mereka
tak terkecuali buat aku! aku juga ingin memiliki kan pasangan. 

Allah telah menyediakan pasangan buat kita, jangan tergopoh hendak mencarinya
kerana bakal suatu hari nanti kau pastikan menemui .. 

Semoga suatu hari nanti bila diijabkabulkan, semoga kita yang Lelaki sebagai Kalifah didalam rumah tangga, 
kita dapat mampu mendidik si isteri dan anak-anak kita yang lain . 

Salam pengantin baru kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga , :)


Friday, 3 August 2012

Masa Depan

Penat menjalani hari yang sama, penat kadang2 melihat muka yang sama
apakan daya, mengharapkan suatu hari nanti dapat keluar dari kehidupan lama.

Menanti kehidupan yang baru, terpaksa ku tempuh hidup yang sekarang ini, 
walaupun tak suka! ini lah realiti, hidup ini bukan seperti permainan dalam TV. 

Aku tahu, suatu hari nanti! sejauh mana kita pergi, kita akan kembali ketempat yang asal,
ibarat! dimana bumi dipijiak disitu langit dijunjung . 

Bagi aku semua itu tak penting! cuma mengharap dapat menjadi seperti manusia yang sudah berjaya besar
seperti mereka yang sudah jelajah kesemua negara.

Mencari sesuatu adalah lebih baik dari mereka yang hanya duduk diam sahaja. 
hidup ini hanya diberi peluang sekali, jika mati! maka takdelah untuk yang kedua kalinya. 

Hidup ini penuh permainan, ingin perkara yang lebih susah kena tempuhi yang senang dahulu. 
jika senang tak mampu untuk hadapi, maka susah lah kita di lain hari bila menghadap perkara yang susah. 

Hidup ku ingin terus mencari yang belum kutemui, aku mengharapkan yang suatu hari nanti bakal tercapai!
kadang-kadang manusia selalu cakap! cakap je lebih tapi tak buat. 
Apa salahnya kita menana, hasrat bermula dari sekarang, InsyaAllah suatu hari nanti bakal tercapai impian kita. Hanya perlu berusaha dan bertawakal! semoga apa yang diimpikan akan tercapai. 

Kebahagian itu selalu datang jika kita benar inginkannya, jangan mudah untuk mengalah. 
sentiasalah berusaha dapatkannya apa yang kita inginkan ..