Saturday, 7 July 2012

Lebih baik diam dari Berkata-kata

Adalah lebih baik memliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan. 

Aku pernah kenal seorang budak nie, muka sangat comel tetapi kalau yang sudah kenal dia

lama mungkin ada tahu isi hatinya. Bagi aku, aku dah cukup kenal dia lama, sumpah .. hati bagikan syaitan. 

Bukan nak cakap lebih tentang dirinya, aku sentiasa redha apa yang dia kata. kerana ada seorang yang dapat menilai diri kita, so aku serahkan semua itu kepadaNya .. 


Sape tak pernah sakit hati dengan orang, setiap pada mereka ada yang saling membenci.

dan setiap penyelesaian masalah, harus ada seorang yang harus mengalah. Dan aku ambik keputusan , aku yang harus redha setiap permasalahan yang berlaku demi tidak belarutan berpanjangan .. 

Setiap wajah yang cantik, tidak tentu hatinya pun begitu cantik




Rindu #GengMuzikalLorong


Friday, 6 July 2012

Theater MuzikalLorng


First terlibat dengan sebuah Theater MuzikalLlorong yang diilhamkan sendiri oleh kawan sendiri yang masih berusia 20Tahun yang tinggal di kawasan chowkit dan menetap pelajaran di Politeknik Shah Alam, sangat berbangga dengan kawan sendiri dan para artisnya yang terdiri dari #GengChowkit, semua artis tari, penyanyi dan lakonan adalah kawan dan adik yang tinggal di Chowkit. Melibatkan diri sebagai Pelakon, Penari, Stage Maneger, Designer dan Bahagian Promosi. Sangat best menyertainya .. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar semasa hari pementasan itu berlangsung .. GoodJob Guys !!!

Thursday, 5 July 2012

Semangat Baru

Tidak pernah ada manusia, setiap perkara yang berlaku dia berjaya menempuhinya,
dan setiap mereka pernah melakukan salah dan silap yang dibuat. 

Perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perihal yang amat panjang,

Setiap manusia tak mampu untuk membuat banyak hal dalam satu manusia. 

Semangat baru dan perubah baru lah yang akan merubah kita untuk menjadi yan lebih baik.

dan setiap perkara dan niat baru yang ingin dicapai, insyaAllah kejayaan akan berpihak kepada kita.




ILMU

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."