Saturday, 7 January 2012

Erti Sebuah Perjuangan

Perjuangan itu gerun dan mengerikan Hebat dan dasyat menggerunkan hati, Harga mukmin disini harga dan nilainya, Perjuangan itu bagai sampan di laut, Di atas lapang tiada perlindungan, Di bawa air melambung di gunung, Menongkah gelombang yang datang melanda. Kiri kanan dan depan belakang, Angin yang menderu yang tidak tahu bila datangnya, Hujan badai yang datang menyerang, Bak singa yang lapar yanggarang. Kadang-kadang yang terdampar di batu karang, Penumpang menerima nasib yang berlainan, Ada yang jatuh ada yang tengelam, Yang pandai berenang berpaut ke sampan. Ada yang berjaya berenang ke tepian, Sekali lagi dia melayar sampan, Walau pelayaran mungkin tidak berjaya, Namun harapannya pada yang maha esa.

2 comments:

cik sakura said...

hye..singgah baca entry ini..

Mizz ErMa said...

wah, menarik betul..nih ciplak pny ke, bikin sendri? hehe